Kerajaan mempertimbang untuk memberi imbuhan kepada skuad Harimau Malaya atas kejayaan layak ke Piala Asia 2023. Ini kerana kemenangan terbabit merupakan sesuatu yang istimewa memandangkan kali terakhir Malaysia layak ke kejohanan itu adalah pada tahun 1980.

Khabar itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat persidangan Parlimen Belia di Bangi. Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia selepas berjaya menundukkan Bangladesh 4-1 semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini