RM262 juta diperuntukkan sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, RM62 juta disalurkan menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Jelasnya, ia sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi serta insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion.

Sementara itu RM200 juta pula disediakan dalam bentuk pembiayaan agromakanan pada kadar faedah sifar peratus, selain moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah TEKUN dan Agrobank untuk pengusaha terkesan.

Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan AGM NAFAS di ibu negara.

Dalam program sama, NAFAS memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) termasuk menjalin kerjasama antarabangsa dengan tujuh syarikat berstatus Syarikat Milik Kerajaan (SOE) dari China; yang bertujuan menyokong agenda Dasar Sekuriti Makanan Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini