Sejumlah RM877 juta diperuntukkan untuk Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Zon Timur.

Jelas Perdana Menteri ia meliputi sebahagian daripada keseluruhan jajaran merentasi Sandakan sehingga Telupid sejauh 58 kilometer.


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota, Kinabatangan.

Laluan tersebut akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat terutama kepada penduduk daerah Beluran.

Juga mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di daerah Telupid serta merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar daerah Sandakan.

Jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung meransang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, wujud pekerjaan baharu dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini