Bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan, kerajaan merancang mendapatkan sumber tenaga baharu dari Bangladesh, Indonesia dan Filipina.

Cadangan itu akan diperincikan selepas berbincang dengan pemain industri serta kementerian berkaitan.

Jelasnya, terdapat juga cadangan untuk membawa masuk pengawal keselamatan dari India, namun perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.

Kerajaan kini hanya membenarkan warga Nepal bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan dan cadangan itu bagi mengimbangi kekurangan tenaga kerja warga Nepal dan tempatan.

Beliau berkata demikian  selepas Majlis Perjumpaan bersama pemain Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di Ibu Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini