Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan kerajaan merancang untuk menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber tenaga kerja bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan.

Cadangan itu akan diperincikan selepas berbincang dengan pemain industri serta kementerian berkaitan.

Jelasnya, terdapat juga cadangan untuk membawa masuk pengawal keselamatan dari India, namun perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.

Kerajaan kini hanya membenarkan warga Nepal bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan dan cadangan itu bagi mengimbangi kekurangan tenaga kerja warga Nepal dan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini