Bagi menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), kerajaan telah merangka hala tuju, strategi dan inisiatif melibatkan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta sebagai rakan strategik.

Justeru, empat teras utama yang meliputi 10 strategi dan 24 insiatif telah diperkenalkan.

Agenda itu turut diberikan penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12 terutamanya dalam meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan sekaligus meningkatkan literasi dan kesedaran kesihatan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Kerajaan juga memutuskan untuk membentuk Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran yang akan dipergiat melalui pelbagai platform di semua peringkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini