Kerajaan sedang merangka Aspirasi Pelaburan Nasional, NIA baharu dalam usaha menarik pelaburan strategik berimpak tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif itu juga berupaya meningkatkan daya saing negara dalam perdagangan global.

Beliau menyampaikan ucaptama majlis Anugerah Kecemerlangan Industri, AKI 2020 berlangsung di ibu negara. Turut hadir, Menteri Kanan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Syarikat Johor Port dinobat sebagai penerima utama, Anugerah Perdana Menteri. AKI 2020 mengiktiraf syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan yang mempamerkan kecemerlangan dalam operasi meliputi kepimpinan, strategi perniagaan dan tadbir urus tenaga kerja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini