Seramai 80,000 pelajar lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diambil bekerja sebagai pekerja mahir dalam industri berkaitan menjelang 2025.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kementerian pendidikan turut menyasarkan 20 peratus pelajar TVET melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan 10 peratus menjadi usahawan muda.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPM dan Top Glove bagi menyokong pembangunan TVET di negara ini.

Setakat ini terdapat 87 kolej TVET di seluruh negara di bawah bidang kuasa KPM yang menawarkan program sijil dan diploma.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini