Kira-kira RM900 juta kutipan premium tanah berjaya diperoleh kerajaan Selangor setakat Jumaat lalu.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan hasil kutipan yang telah mencecah RM2 billion. 

Jelas Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah berkenaan adalah 95 peratus daripada sasaran awal RM2.2 bilion bagi tahun ini. 

Beliau optimis, kerajaan negeri mampu mencapai sasaran berkenaan sehingga akhir tahun ini, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. 

Beliau ditemui pada majlis perhimpunan penjawat awam bersama Menteri Besar di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini