Mekanisme terbaik akan dikenalpasti bagi meningkatkan pendapatan golongan pesawah yang dibelenggu kemiskinan agar lebih produktif tanpa bergantung kepada penanaman padi dan subsidi. Jelas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ini sekaligus mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber makanan yang diimport dari negara lain. Negara katanya membelanjakan kira-kira 60 bilion ringgit setahun untuk mengimport makanan dari luar dan jumlah itu perlu dikurangkan melalui pengeluaran dalam negara yang lebih produktif dan moden. Tun Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bilangan 3/2019 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini