Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET khusus bagi pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun ini.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi
meningkatkan motivasi dan menggalakkan pelajar memilih bidang TVET.

Beliau menyatakannya dalam ucapan perasmian Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
 
Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini