Satu lagi bantuan untuk penduduk terjejas banjir diumumkan hari ini.

Bantuan kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir, dinaikkan kepada RM10,000.

Bagi memastikan sumbangan disampaikan segera, Perdana Menteri sendiri akan mendapatkan senarai nama penduduk yang terkorban, daripada pusat bencana daerah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengulangi bantuan RM1,000 yang diumumkan sebelum ini, akan dibayar dengan kadar segera kepada penduduk terjejas banjir. 

Perdana Menteri melawat penduduk terjejas banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di Bentong, Pahang.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri pahang akan menyalur RM5,000 kepada waris mangsa korban banjir.

Bagi membantu negeri yang teruk terjejas banjir pula, kerajaan memperuntuk RM50 juta, kepada Pahang dan Selangor.

Manakala  bagi negeri-negeri yang turut terkesan banjir, peruntukan yang disalur berdasarkan kerosakan yang berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini