Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata golongan orang kurang upaya (OKU) akan terus dibela sama seperti masyarakat lain selari dengan semangat Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebooknya Sempena Hari OKU Sedunia yang disambut hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberi hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.

Menurut beliau, kekurangan itu bukan satu kelemahan namun ia satu keistimewaan yang perlu dilindungi bagi melengkapi antara satu sama lain.

Perdana Menteri turut menyambut baik tema sambutan Hari OKU Sedunia tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini