Dua fokus utama diberi tumpuan untuk meningkatkan pemulihan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspek itu adalah memanfaatkan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi untuk mendorong agenda pemulihan.

Aspek kedua meliputi prinsip kelestarian berkaitan persekitaran, sosial dan tadbir urus ke dalam strategi perniagaan. Beliau berucap merasmikan Pameran Tahunan PMKS-SMIDEX di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pameran Tahunan ini buat pertama kalinya diadakan secara dalam talian melalui portal MyAssist MSME selepas 20 tahun ia berlangsung. Pameran bermula 1 Disember lalu berakhir 23 Disember depan melibatkan penyertaan 150 pempamer secara maya.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini