Kerajaan akan memberi bantuan pengurusan jenazah kepada waris mangsa banjir sebanyak RM5,000. Manakala pemberian bantuan wang ihsan RM1,000 kepada ketua keluarga terjejas banjir disegerakan, agar dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini.

Pengumuman dibuat Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hasim, pada sidang media di Shah Alam. Syarat bagi mendapatkan Bantuan Wang Ihsan itu, ialah mesti warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan atau Mykad yang sah.

Selain itu, mesti merupakan mangsa banjir ketika bencana itu berlaku. Syarat lain, mangsa mendiami atau menduduki rumah persendirian. Mangsa banjir wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama Ketua Isi Rumah (KIR).

Pendaftaran nama yang sah, juga perlu dilakukan. Jika berpindah ke Pusat pemindahan sementara PPS, perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS pula, perlu mendaftar dengan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung JPKK atau Ketua Komuniti di tempat masing-masing. Semua permohonan akan diselaras dan disahkan oleh Pejabat Daerah masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini