Kemudahan kepada Pegawai Perubatan, Pergigian dan Farmasi lantikan kontrak yang menjalani latihan siwazah dan atau khidmat wajib dilanjutkan.

Kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kemudahan melibatkan pelanjutan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal, kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan dan kemudahan Cuti Tibi, Kusta dan Barah.

Keputusan diambil selaras usaha berterusan dan komitmen KKM untuk menambah baik situasi kebajikan pegawai lantikan kontrak. Pemanjangan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal adalah terpakai kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib.

Manakala, pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah dan atau khidmat wajib.

Selain itu, KKM dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, siang tadi telah membentangkan satu lagi memorandum untuk pertimbangan Jemaah Menteri agar pemberian kemudahan-kemudahan sedia ada ini ditambah baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini