Lapan tahun berkahwin dan masih tidak dikurniakan cahaya mata antara faktor utama seorang kanak-kanak tempatan berusia empat tahun cuba dilarikan seorang warga Myammar di Kuantan, Pahang, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, suspek yang baru sahaja lapan bulan berada di negara ini dipercayai turut mengalami masalah mental.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti niat sebenar suspek melakukan tindakan berkenaan.
 
Suspek ditahan reman 14 hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah.
 
Suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini