Perdana Menteri melancarkan Kerangka Dasar Luar bertemakan “Fokus dalam Kesinambungan: Rangka Kerja untuk Dasar Luar Malaysia dalam Dunia Pasca Pandemik” bagi memperkasakan lagi dasar diplomasi Malaysia.

Kerangka kerja itu untuk mengenal pasti cabaran dan kemunculan trend baharu global dan isu yang harus diutamakan dalam jangka masa terdekat.

Ia merangkumi dua komponen utama iaitu cabaran semasa yang perlu diberikan perhatian dan ditangani segera oleh Kerajaan terutama dalam konteks pandemik COVID-19; serta hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia untuk jangka masa sederhana dan panjang. 

Beliau menjelaskan demikian dalam Majlis Pelancaran Kerangka Kerja Dasar Luar Negeri di Ibu Negara.

Kerangka kerja itu menumpukan kepada lapan keutamaan, antaranya menggiatkan semula hubungan Malaysia dengan ekonomi global, Diplomasi Kesihatan, Ekonomi Digital, dan Keselamatan Siber.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini