Kerangka kerja pengurusan sisa pepejal yang menekankan amalan 3R, pengurangan pembaziran, guna semula dan kitar semula akan disiapkan tahun hadapan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, buat permulaan, kerangka itu akan melibatkan sektor industri bagi mendorong penggiatnya menguruskan sisa secara teratur.

Pengurusan secara teratur itu melalui konsep ekonomi kitaran dalam usaha mencapai sasaran sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah.


Beliau terdahulu melancarkan Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat negara 2021 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini