Kerangka keselamatan kesihatan global baharu berasaskan komitmen bersama, tanggungjawab kolektif dan telus perlu dibina bagi menghadapi pandemik akan datang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandemik telah membantutkan semua usaha mengangkat taraf hidup manusia, membasmi kemiskinan serta akses terhadap pendidikan berkualiti.

Meski vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan telah dibangunkan dengan pantas, malangnya, cara pengedarannya dilihat tidak saksama.

Ujarnya lagi, bagi pemulihan secara holistik daripada pendamik, dunia perlu berkerjasama dalam pelbagai bidang kesihatan serta aspek sosioekonomi.

Malah, ia memerlukan negara yang mempunyai kelebihan untuk membantu negara yang kekurangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini