17 maut manakala 37 lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang laluan antara bandar Mashhad dan Yazd berhampiran Tabas, tergelincir di timur Iran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan semalam, empat daripada tujuh gerabak kereta api tergelincir dari landasan selepas melanggar jengkaut berhampiran.

Gabenor Ali-Akbar Rahimi berkata mengikut laporan awal, 17 daripada 420 penumpang maut manakala 30 yang lain cedera dengan lima daripadanya kritikal. Seorang pegawai tempatan berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana ramai penumpang mengalami kecederaan serius.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini