Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, manakala 30 cedera selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di timur Iran.

Insiden berlaku berhampiran bandar Tabas di laluan antara Mashhad dengan Yazd.

Jurucakap perkhidmatan penyelamat negara, Mojtaba Khaledi mengesahkan, 15 daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Gabenor Tabas, Ali-Akbar Rahimi pula memaklumkan, semua unit penyelamat, termasuk perkhidmatan ambulans dan helikopter telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketika kejadian, kereta api itu membawa 420 penumpang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini