Sekurang-kurangnya empat terbunuh, manakala 16 cedera parah dalam insiden sebuah kereta api tergelincir berhampiran pusat peranginan Alpine Bavaria di selatan Jerman.

Lebih 30 lagi penumpang dilapor cedera.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang cedera belum dapat dipastikan.

Menurut laporan CNN, kereta api yang membawa 60 penumpang itu dalam perjalanan menuju ke Munich sebelum terbabas di Burgrain.

Jurucakap polis memberitahu beberapa gerabak terbalik dan sebahagiannya berguling ke bawah sebuah tambak di utara pusat peranginan ski Garmisch-Partenkirchen di Bavaria.

Sebahagian daripada laluan telah disekat dan lalu lintas dilencongkan.

Tiga helikopter dari wilayah Tyrol, Austria telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberikan pertolongan cemas.

Operasi perkhidmatan kecemasan utama masih dijalankan dan laluan kereta api kini ditutup sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini