Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam kejadian tren Shuttle Timuran No 51, tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai pagi tadi.

KTMB menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil.

KTMB yang mengesahkan kejadian itu, kesal dan memandang serius perkara tersebut, serta memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat.

Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong tidak dapat mengikuti hari pertama persekolahan, apabila tren yang menjadi pengangkutan mereka untuk ke sekolah, tidak berhenti di stesen terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini