Susulan kejadian sebuah kereta hanyut akibat arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam petang semalam.

Mayat penumpang kenderaan berkenaan ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, 3 kilometer dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.28 pagi tadi.

Menurut Penguasa Bomba Kanan 2, Bahagian Operasi JBPM Sabah; Kenneth Wilfred, mayat dikenal pasti sebagai Juning Maturun berusia 37 Tahun.

Pencarian diteruskan bagi pemandu kereta berkenaan dikenal pasti sebagai Simon Sanga Tupe, 68 tahun.

Kenneth memaklumkan pemberita di Pos Kawalan Bomba Kampung Dambai Inanam.

Terdahulu, kereta tersebut ditemukan pasukan JBPM Sabah bersama orang awam, 7.20 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi ia dilapor hanyut.

Semalam tular video kejadian kereta berkenaan cuba menyeberangi sebuah jambatan yang dilimpahi air sebelum dihanyutkan arus deras ke dalam sungai berhampiran kira-kira pukul 6.45 petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini