Di Bohemia, Republik Czech, seorang terkorban selepas terlibat kemalangan melibatkan sebuah kereta kabel. Ketika kejadian, satu gerabak dilaporkan jatuh ke tanah. Satu-satunya penumpang menaiki gerabak itu maut, merupakan kakitangan syarikat pengendali kereta kabel tersebut. Pasukan penyelamat memaklumkan, satu lagi gerabak yang membawa 15 penumpang tidak cedera. Ia terjadi hanya sehari sebelum penyelenggaraan berjadual ditetapkan.                    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini