Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik dalam satu kemalangan di Kemaman, Terengganu.

Insiden berlaku di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Kerteh.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari Kampung Merchang, Marang menuju ke rumahnya di Kampung Geliga, Kemaman. 

Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh, sebelum terbabas.
 
Mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala isterinya selamat dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Kerteh untuk rawatan.
 
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini