Sebuah kereta terbakar dalam kejadian di Kilometer 64 Lebuhraya Utara Selatan, di Kluang, Johor semalam. Kereta dipandu oleh seorang gadis itu terbakar selepas dipercayai hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail, berkata kejadian pada jam 8.15 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer. Kereta terbabit terbakar hampir 80 peratus manakala sebuah lagi kenderaan rosak teruk.Sementara kesemua mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kluang. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini