Kerja-kerja pembaikan sistem perparitan di Langgar, Alor Setar dijangka selesai awal tahun depan.

Projek dengan kos jangkaan lebih RM500,000 ribu itu dibuat susulan insiden banjir yang sering melanda kawasan terbabit.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Romani Wan Salin berkata, perbincangan telah diadakan bersama agensi terbabit seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) dan penduduk setempat.

Beliau yang juga ADUN Bukit Pinang Pokok Sena memaklumkan, akan turut berbincang dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk mengalirkan air banjir ke sungai berdekatan.

Beliau ditemui media selepas meninjau kawasan terjejas banjir di Taman Perumahan Pulai Jaya, Alor Setar.

Dalam pada itu, penduduk setempat berasa lega dengan makluman berkenaan.

Lebih 300 penduduk sebelum ini terpaksa menghadapi banjir kira-kira 10 kali setahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini