Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) susulan kejadian ribut dan puting beliung di Kampung Tawas, semalam.

Tiga lagi kawasan yang turut terjejas adalah Taman Tasek Damai, Taman Desa Sri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya. Kejadian tersebut turut menyebabkan pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk.

Setakat ini, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Tawas pada pukul 9 malam semalam, menempatkan empat penduduk.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun turut melakukan tinjauan pagi ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini