Kerja-kerja pembinaan ECRL sudah mencapai kemajuan 30% setakat Mei.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Kang Siong berkata, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, kemajuan pembinaan Projek ECRL kini pada tahap yang meyakinkan untuk mencapai sasaran sebanyak 37 peratus menjelang akhir tahun ini.

Perkembangan itu didorong kerja infrastruktur di empat negeri yang merangkumi jajaran Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun, Seksyen B dari Dungun ke Mentakab dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang.

Menurut beliau, kerja infrastruktur Projek ECRL berjalan secara serentak di ketiga-tiga Seksyen A, B dan C serta sedang dilaksanakan dengan lancar di lebih 300 kawasan kerja di sepanjang jajaran 665 kilometer.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini