Kerjasama pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) tidak pernah melalui MOF Inc. Sebaliknya, diluluskan terus Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa memaklumkan perkara itu ketika membacakan penyataan bertulis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jelasnya, bahagiannya iaitu MOF Inc, tidak jelas tentang tujuan pelaburan terbabit kerana pihak 1MDB tidak mendapatkan pandangan dan pertimbangan MOF terlebih dahulu sebelum kerjasama dimeterai.

MOF Inc adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 yang memberi kuasa kepada kementerian itu membuat kontrak, pemerolehan, pembelian, pemilikan, pegangan serta mengekalkan aset.

Saksi pendakwaan ke 26 itu turut mengesahkan perbincangan mengenai kerjasama 1MDB dan PSI dibangkitkan dalam mesyuarat bertarikh 23 Disember 2009 tetapi hanya di peringkat mengenalpasti pelaburan mana yang boleh membawa pendapatan segera kepada 1MDB. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini