Kemudahan pendaratan menjadi cabaran utama dalam industri tuna negara yang berpotensi dibangun dan dikembang bagi meningkatkan pendapatan sektor itu.
 
Justeru, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penglibatan sektor swasta selaku pemain industri sangat penting, bagi memastikan hasrat tersebut dicapai. Menurutnya, menerusi kerjasama strategik, usaha untuk menyediakan kemudahan
itu akan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030, dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi 2021-2030, di Labuan

Mengenai pelan untuk tempoh 10 tahun itu, ia mampu meningkatkan pendaratan, dan membangunkan industri tuna secara mampan. Selain itu, juga dapat membangunkan modal insan dalam perikanan, serta memantapkan sistem pengembangan dan pembangunan teknologi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini