Malaysia menyatakan hasrat menjadi pengerusi bersama bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan, JCESTC Malaysia-Russia kali kedua.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerjasama strategik itu bakal  meningkatkan perkongsian dalam pelbagai bidang. 

Ini merangkumi aeroangkasa, farmaseutikal dan peralatan perubatan.

Hasrat itu disuarakan Datuk Seri Mohamed Azmin kepada Duta Besar Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov ketika sesi kunjungan hormatnya.

Menerusi catatan di twitternya, beliau memaklumkan, Kedua-dua  negara turut yakin terhadap peluang besar yang boleh dimanfaatkan menerusi JCESTC bagi perkongsian perniagaan yang lebih kukuh pada masa akan datang.

Rusia pada masa sama turut mencadangkan penubuhan lebih banyak Kumpulan Kerja bagi bidang tumpuan lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini