UniMAP mengorak langkah ke hadapan ke arah perkembangan kemajuan teknologi solar photovoltaic (PV) menerusi kerjasama dengan Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn Bhd (LOTUS MFZ). 

Kerjasama itu termeterai menerusi Memorandum Perjanjian Persefahaman antara UniMAP yang diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Dr. Zaliman Sauli manakala LOTUS MFZ diwakili Ketua Pengarah Eksekutif, Asmadi Tu.

Usaha itu satu inisiatif proaktif yang diambil oleh LOTUS MFZ dalam usaha pembangunan dan penyelidikan bidang teknologi hijau. 

Sebagai sebuah syarikat solar PV pertama di Perlis, LOTUS MFZ bertekad memperluaskan pemasangan teknologi solar PV dalam menyahut Matlamat Pembangunan Mampan ke-7 iaitu tenaga yang berpatutan dan bersih.

Kerjasama antara kedua-dua pihak tertumpu kepada program pemindahan teknologi dan kebolehpasaran graduan UniMAP. 

Melalui permintaan pasaran yang tinggi dalam pemasangan sistem Solar PV di Malaysia, peluang ini dimanfaatkan dengan penempatan pelajar latihan industri, penempatan sangkutan industri dan penyelidikan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini