Kerjasama antara pihak kerajaan, universiti dan industri minyak penting bagi memastikan bekalan minyak masak stabil.

Antaranya, melakukan pelbagai Penyelidikan berkaitan minyak sawit bagi menampung permintaan dalam negara agar tiada pergantungan kepada import.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Rohami Shafie berkata, kerajaan juga perlu mempunyai perancangan pelaksanaan yang bersifat ampuh dan mampan untuk manfaat rakyat.  

Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan ketika ini yang menyalurkan pelbagai bantuan, termasuk bayaran tambahan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).