Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), HUAWEI Malaysia dan TELEKOM MALAYSIA (TM) jalin usahasama memperkasakan perniagaan dengan platform ‘e-Perkhidmatan MRANTI’.

Menurut Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba, usaha MOSTI ini bertujuan meningkatkan inovasi tempatan serta mempercepatkan penggunaan dan pembangunan teknologi bagi membantu negara menyelesaikan cabaran masa kini seperti yang ditetapkan dalam Dasar IR 4.0 negara.

MOSTI yakin dengan adanya persefahaman dan kerjasama yang dimeterai di antara TPM, Huawei dan Telekom Malaysia Berhad hari ini dapat menghasilkan impak tinggi serta membantu negara terus maju dan lebih berdaya saing dari segi inovasi teknologi tinggi di rantau ini.

Kerjasama strategik selama tiga tahun ini adalah selaras dengan hasrat MOSTI untuk membangunkan rangka kerja penyelesaian digital dalam memajukan inovasi serta mempromosi hasil penyelidikan dan Harta Intelek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini