Kerjasama strategik antara kerajaan negeri Sabah dan Petronas dalam isu berkaitan industri minyak dan gas akan memberi kesan limpahan ekonomi lebih menyeluruh

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media memaklumkan, perjanjian kolaborasi komersial (CCA) yang dimeterai membolehkan Sabah memainkan peranan lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas bersama Petronas.

Ia juga membuka peluang perniagaan lebih meluas kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berkecimpung dalam industri khidmat minyak dan gas di negeri itu.

PETRONAS juga akan terus memainkan peranan sebagai syarikat petroleum milik negara dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras undang-undang negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini