Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah ke arah perkembangan kemajuan teknologi Solar Photovoltaic menerusi kerjasama dengan Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn Bhd(LOTUS MFZ).

Inisiatif ini dalam usaha pembangunan dan penyelidikan bidang teknologi hijau bagi jangka pendek dan panjang.

MOU dimeterai antara kedua-dua pihak ini juga tertumpu kepada program pemindahan teknologi dan kebolehpasaran graduan UniMAP.

Sebagai sebuah syarikat solar photovoltaic yang pertama di Perlis, Lotus MFZ bertekad memperluaskan pemasangan teknologi solar dan mahasiswa UniMAP berpeluang meningkatkan kemahiran serta pengetahuan berkaitan teknologi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini