Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan tinjauan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar diiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau meminta pihak berwajib agar melakukan kerja-kerja baik pulih ke atas kerosakan fasiliti dengan segera agar tidak mengganggu operasi seharian pintu masuk utama negara itu.

Ia juga bagi kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar negara. Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Serene.

Berangkat sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  Datuk Seri Ismail Sabri turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Sultan Ibrahim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini