Kementerian Pendidikan sedang menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri berkaitan keperluan meningkatkan kemudahan jaringan internet di sekolah selari dengan pelaksanaan pendigitalan pendidikan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, proses penyediaan kertas kerja yang kini di peringkat akhir turut melibatkan pandangan semua pihak. Proses menaik taraf internet membabitkan lebih 10,000 sekolah memerlukan perbelanjaan yang cukup besar.

Beliau berharap, permohonan kementeriannya itu dapat diluluskan kelak bagi mencapai pendigitilan pendidikan secara menyeluruh. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini