Kertas Konsultasi Awam (KKA) yang pertama kali diterbitkan Kementerian Kewangan dilihat, satu pendekatan yang lebih terbuka dan sejajar dengan konsep keluarga Malaysia. Ia membuktikan bahawa kerajaan peka terhadap ekonomi rakyat, sekali gus dapat meningkatkan keyakinan kepada pengurusan kewangan negara.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik UUM, Profesor Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin, segala perancangan dan langkah yang dilihat bakal dibentang dalam belanjawan 2022 nanti, sama ada dari segi memperkukuh daya saing ekonomi,meningkatkan kuasa membeli rakyat dan perubahan dalam  strategi, berpaksikan kepada manifestasi keinginan rakyat .

Tambahnya, kesinambungan dalam bajet seterusnya bakal dapat dilihat melalui pencapaian bajet 2022. Sekali gus menilai kelemahan dan membuat penambahbaikan belanjawan dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini