Siasatan SPRM mengenai kes penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) membabitkan 10 syarikat, hampir siap. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk dicadangkan pertuduhan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen kesedaran pencegahan rasuah di ibu negara. SPRM sebelum ini meneliti semua permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan MITRA sejak 2019 hingga 2021.

Ini susulan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan MITRA. Sebanyak 337 syarikat, persatuan dan NGO dikenal pasti telah diluluskan geran peruntukan sejak 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah kira-kira RM203 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini