Kertas siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SEMALAM..kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab.Polis katanya telah melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya. Pihaknya mengekalkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan DPP akan menilai sama ada akan mengekalkan seksyen sama dalam pertuduhan atau sebaliknya.Pada 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Bangi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini