Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy bersetuju untuk memberi keterangan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB.

Peguam, Datuk N.Sivananthan berkata anak guamnya itu yang juga tertuduh dalam kes terbabit, bersedia untuk mempertahankan kenyataan yang diberikan kepada SPRM ketika perbicaraan kes itu berlangsung.

Hakim menetapkan 24 Jun ini untuk menyampaikan keputusan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul sebagai saksi dalam kes sama.
 
Sekiranya permohonan tidak dibenarkan, seorang pegawai penyiasat akan dipanggil sebagai saksi terakhir sebelum pihak pendakwaan menamatkan kes.
 
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata; Arul perlu dipanggil sebagai saksi kerana dia mempunyai pengetahuan mengenai perbualan yang mungkin berlangsung antara dia dan Datuk Seri Najib berhubung pertuduhan kes terbabit.
 
Datuk Seri Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminda laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara.
 
Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini