Walaupun kebanyakan indikator utama jangkitan COVID-19 menunjukkan penurunan, namun purata kes aktif masih meningkat sebanyak enam peratus.

Itu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr.Noor Hisham Abdullah.

Purata kes aktif yang dahulunya konsisten selama 10 minggu, kini telah menunjukkan peningkatan semula, selepas lima minggu kebenaran rentas negeri diumumkan.

Kadar penggunaan fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit Kategori tiga hingga lima mula meningkat.

Malah, kewujudan kluster komuniti yang sebelum ini mencatatkan penurunan kini turut meningkat.

Kadar vaksinasi dalam kalangan remaja yang rendah, meningkatkan kebarangkalian untuk ahli keluarga mereka dijangkiti virus berkenaan.

Justeru, beliau menekankan tindakan kesihatan kendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini