Semua pihak harus memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan pembelian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti selain siasatan dalaman SPRM sendiri.

Tegas beliau gambaran seolah-olah kerajaan berdiam diri juga adalah tidak tepat, kerana tindakan telah dilakukan.

Di temui di Kota Marudu, Perdana Menteri mengulas kenyataan desakan agar Tan Sri Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas berhubung dakwaan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini