Bilangan kes baharu COVID-19  bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 dari 5 hingga 11 Jun meningkat  0.4 peratus iaitu 11,096 kes berbanding 11,052 kes pada minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 4,524,727 kes.

Bagaimanpun beliau berkata,  bilangan kes kematian  mencatatkan penurunan kepada 3.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Turut catat penurunan adalah purata kes aktif setiap hari pada minggu sama iaitu sebanyak 5.5 peratus dengan 22,013 kes.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan,  hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk turut catat penurunan 10 peratus pada
ME ke-23.

Namun begitu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 20 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini