Jumlah kes baharu COVID-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71 peratus minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian berkurangan sebanyak 10 peratus, pada Khamis.

WHO berkata, berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Dis 2021 hingga 2 Jan tahun ini, lapor Xinhua.

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100 peratus), diikuti Asia Tenggara (78 peratus) dan Eropah (65 peratus).

WHO berkata meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini