Ini nahas yang mengorbankan wanita dan bayinya yang terkeluar daripada kandungan di Kampung Lumpur, Pasir Mas, Kelantan. Polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata setakat ini pihaknya mengesahkan kejadian akibat kecuaian suspek yang merupakan remaja lelaki berumur 18 tahun.

Dalam kemalangan membabitkan dua motosikal pada Jumaat lalu itu, tiga maut termasuk ibu hamil dan bayi yang terkeluar dari kandungannya.

Mangsa, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25 tahun meninggal di lokasi kejadian manakala bayinya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Shakim Mohd Zaki, meninggal dunia juga ketika menerima rawatan di hospital sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini